Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan terkawal setakat pukul 8.30 malam ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya namun aliran trafik menuju ke utara dan selatan masih lancar.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) (he) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

“Trafik hanya perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan sibuk sebelum keluar Plaza Tol Bentong arah timur,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast