Chuan Leekpai

BANGKOK – Parlimen Thailand akan bersidang bagi mengundi untuk memilih perdana menteri pada 5 Jun ini.

Speaker Dewan Perwakilan yang baharu, Chuan Leekpai berkata, undian oleh Dewan Perwakilan dan Senat dalam sesi bersama akan mengembalikan pemerintahan awam secara rasmi.

Thailand sebelum ini selama lebih lima tahun ditadbir di bawah kerajaan tentera pimpinan Prayut Chan-o-cha selepas rampasan kuasa  pada 2014.

Bagaimanapun tentera diramal terus mengekalkan pengaruh dalam politik mengikut perlembagaan yang telah didraf dan Prayut kemungkinan kekal sebagai perdana menteri.

“Agenda utama adalah mengadakan satu mesyuarat Parlimen yang dijangka untuk memilih perdana, menteri” kata Chuan sebaik dilantik sebagai Speaker oleh Raja Maha Vajiralongkorn secara rasmi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast