NEW DELHI – Cuaca  utara India semakin panas dengan suhunya kini sudah melepasi 50 darjah Celcius sehingga mencetuskan tanda amaran strok haba.

Malah setakat beberapa hari ini, sudah ada beberapa kematian berikutan strok haba telah direkodkan oleh pihak berkuasa sekitar Rajastan.

Agensi melaporkan, bandar di Rajastan sudah mencatat 50.6 darjah selsius malah beberapa bandar lain mencecah suhu maksimum elebihi paras 47 darjah selsius.

Jabatan Meteorologi India dalam kenyataan melaporkan, cuaca panas terik melampau mungkin kekal sehingga seminggu di seluruh negeri Rajasthan, Maharashtra, Madhya Pradesh, Punjab, Haryana dan Uttar Pradesh.

Panas1

Amaran merah telah dikeluarkan agar para penduduk tidak keluar rumah apatah lagi selepas suhunya melebihi paras 47 darjah celcius di beberapa bandar.

Malah ada juga golongan kaya yang ‘keluar bercuti’ dan melarikan diri daripada cuaca panas tersebut.

Beberapa bandar utama, diterajui Chennai melaporkan kebimbangan bekalan air terputus ketika tasik dan sungai mulai mengering.

Di negeri barat Maharashtra, petani bergelut mencari air untuk haiwan dan tanaman.

Pada Mei 2016, Phalodi di Rajasthan merekodkan suhu tertinggi di seluruh India iaitu 51 darjah Celsius. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast