Polis minta saksi yang melihat kejadian tampil membantu siasatan.
Polis minta saksi yang melihat kejadian tampil membantu siasatan.

KUALA LUMPUR – Insiden sebuah kereta Iswara sedan yang dipandu melawan arus oleh pemandunya semasa dikejar polis di ibu negara tular.

Insiden itu berlaku sekitar 1.25 pagi tadi dan kejadian cemas itu dirakam orang awam yang merupakan anggota Friends of PDRM dalam laman sesawang Facebook.

Maklumat awal mengatakan kereta itu disyaki telah dicuri.

Lokasi kejadian juga belum dapat dipastikan memandangkan video dirakam dalam waktu malam dan tidak jelas.

Bagaimanapun lokasi insiden mengejar itu menunjukkan kawasan lebih raya dan terdapat jajaran MRT di bahu jalan.

Bagaimanapun dua kereta peronda MPV Polis serta orang awam yang menunggang motosikal berjaya menangkap individu itu.

Berlaku aksi mengejar melibatkan dua kereta MPV peronda polis dan orang awam dipercayai menggunakan motosikal.

Walaupun polis menghalang di beberapa laluan, suspek berjaya memintas kenderaan pihak berkuasa dan memandu laju melawan arus.

Rakaman aksi itu juga menunjukkan individu seorang awam menjerit ke arah pemandu kereta lawan arus itu meminta menghentikan kereta segera.

Bagaimanapun selepas empat minit dikejar polis itu berakhir apabila kenderaan suspek berjaya disekat polis.

Lebih lapan anggota polis dari kereta peronda keluar sambil meluru ke arah pemandu sebelum membuka pintu kereta dan menarik keluar suspek.

Video itu telah ditonton puluhan ribu pengikut Friends of PDRM dan kebanyakannya memuji keberanian polis mencegah jenayah jalanan dan menjaga ketenteraman awam.

Ada dalam kalangan netizen juga menasihatkan orang ramai yang sentiasa memandang negatif tindakan polis supaya insaf dengan melihat adegan mengejar suspek itu dan menghargai tugas mereka menjaga keselamatan. – MalaysiaGazette