Gambar hiasan

NEW YORK – Hampir majoriti pemohon Visa Amerika Syarikat (AS) dikehendaki mengemukakan maklumat terperinci mengenai media sosial masing masing.

Itu peraturan baharu yang dikuatkuasakan oleh kuasa besar dunia itu menerusi pindaan akta baharu.

Peraturan Jabatan Kerajaan itu berkata, setiap pemohon VISA AS diwajibkan mengemukakan nama yang digunapakai untuk akaun di media sosial, e-mel dan nombor telefon.

Ketika dicadangkan tahun lepas, pihak berkuasa menjangkakan cadangan itu akan menjejaskan 14.7 juta orang setahun.

Pemohon tertentu Visa Diplomat dan Rasmi akan dikecualikan daripada peraturan baharu itu.

Bagaimanapun mana mana individu yang meneruskan perjalanan ke AS bagi tujuan pekerjaan atau pengajian tinggi dikehendaki menyerahkan segala butiran berkaitan media sosial seperti yang ditetapkan negara tersebut.

“Kami sentiasa bekerja keras untuk mencari mekanisme terbaik memperbaiki proses pengimbasan untuk melindungi warga AS sementara menyokong perjalanan yang sah di sisi undang undang ke AS,” sebut laporan BBC sebagai memetik jabatan itu.

Peraturan baharu berkenaan mendesak pemohon Visa AS menyerahkan senarai akaun media sosial yang dimiliki maisng masing untuk pemeriksaan rapi pihak berkuasa AS.

Pentadbiran Presiden Donald Trump mencadangkan peraturan itu pada Mac 2018 lalu.

Bagaimanapun sekumpulan aktivitis hak asasi awam membidas tindakan kerajaan Trump sambil menyatakan sehingga sekarang tiada sebarang bukti yang menunjukkan pemantauan media sosial pelawat ke AS membawa keberkesanan dalam membasmi sebarang bentuk keganasan terhadap negara tersebut.-malsysiagazette