Latheefa Koya

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu.

Kontrak pelantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PKR itu untuk dua tahun berkuatkuasa 1 Jun lalu.

Menurut PMO, pelantikan Latheefa  dibuat selepas Yang diPertuan Agong memperkenankan permohonan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau lebih awal sebelum kontrak beliau berakhir pada 17 Mei 2020.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Datuk Seri Mohd Shukri bin Abdull yang telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” kata kenyataan itu.

Pelantikan ini adalah antara langkah pembaharuan penting ke arah proses reformasi institusi-institusi kerajaan.

Untuk rekod, Mohd Shukri dilantik mengetuai agensi antirasuah itu sejurus selepas Pakatan Harapan berjaya mengambil alih pemerintahan Kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional  pada Mei tahun lalu. – MalaysiaGazette