Petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melakukan cerapan anak bulan menggunakan teleskop bagi menetapkan bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Arab Saudi dan beberapa negara Arab lain  menyambut 1 Syawal pada hari ini.

“Bulan Syawal dapat dilihat dari beberapa bahagian pada petang Isnin, bermakna Syawal akan bermula pada hari berikutnya,” kata Arab News.

Negera-negara Arab melihat anak bulan Syawal pada petang Isnin.

Negara Arab seperti Kuwait, Jordan dan negara-negara Arab yang lain juga beraya pada hari ini.

Manakala di Pakistan, Australia dan negara-negara Asia yang lain, sambutan Aidilfitri dijadual pada hari Rabu. -MalaysiaGazette