Jamal Khashoggi
Jamal Khashoggi

WASHINGTON – Pentadbiran Donald Trump memberikan dua keizinan kepada syarikat Amerika Syarikat untuk berkongsi maklumat kuasa nuklear yang sensitif dengan Arab Saudi sejurus selepas pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada bulan Oktober, ,menurut seorang Senator yang melihat butiran mengenai kelulusan itu.

Tempoh masa kelulusan itu mungkin akan memberi tekanan kepada pentadbiran Presiden Donald Trump yang dikritik oleh penggubal undang-undang terhadap sokongan Amerika Syarikat kepada Arab Saudi sejak Khashoggi dibunuh di konsulat Saudi di Istanbul pada bulan Oktober tahun lalu.

Khashoggi, berasal dari Arab Saudi, meninggalkan negara itu pada tahun 2017 untuk menjadi penduduk Amerika Syarikat, yang kemudian menjadi kolumnis yang mengkritik kerajaan Riyadh dalam Washington Post.

Senator Tim Kaine, seorang Demokrat dari Virginia, lokasi Khashoggi tinggal, menyifatkan masa kelulusan itu “mengejutkan” dan menambahkan kepada “corak tingkah laku yang menggangu” dasar pentadbiran di Arab Saudi.

Jabatan Tenaga memberi bahagian pertama 810 kebenaran pada 18 Oktober, 16 hari selepas Khashoggi dibunuh.

Kali kedua pula berlaku pada 18 Februari.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah menyimpulkan bahawa tanggungjawab kematian Khashoggi terletak di peringkat tertinggi kerajaan Arab Saudi.

Namun Riyadh menafikan Putera Mahkota Mohammed bin Salman terlibat.

Kebenaran itu membabitkan tujuh syarikat Amerika Syarikat oleh pentadbiran Trump sejak 2017, ketika Washington dan Riyadh berunding dengan perjanjian yang lebih luas untuk membantu Arab Saudi mengembangkan dua buah reaktor nuklear pertama.

Jabatan Tenaga telah memelihara syarikat-syarikat yang terlibat dalam perkongsian maklumat teknologi nuklear dengan rahsia kerajaan, menegaskan keperluan untuk melindungi kepentingan bisnes.

Pada masa lalu, 810 kelulusan telah dipaparkan untuk tatapan umum di ibu pejabat jabatan.

Setakat ini, jabatan itu belum memberi tindak balas berhubung kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette