KUALA LUMPUR – Lima buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, petang ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian jam 7 malam itu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan, berkata sebuah kereta, van dan enam buah motosikal turut musnah dalam kebakaran itu.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, BBP Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Keramat dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 7.41 malam.

“Setakat ini tiada mangsa terlibat dan unit siasatan telah diarahkan ke lokasi bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut kenyastaan itu. – Bernama