TERKINI : 50,000 Pengunjung Serbu Kompleks Seri Perdana dan Bersalaman Dengan Tun M

PUTRAJAYA – Walaupun begitu jelas sekali wajah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan isterinya, Siti Hasmah nampak letih bersalaman dengan lebih 50,000 pengunjung namun berterusan tersenyum sepanjang masa.

Masa sudah berganjak ke waktu 5.15 petang namun pengunjung seolah-olah tidak nampak seperti surut malah semakin ramai pula beratur panjang di luar pintu Seri Perdana hanya kerana mahu bersalaman dengan Tun Mahathir dan isterinya.