Tunku Ismail Sultan Ibrahim Regent of Johor HSI Sultan ismail hospital pregnant woman give birth alone Crown Prince of Johor Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyoal ‘niat’ sebenar portal Malaysiakini yang bertindak menyiarkan tulisan beliau tentang ‘helang dan pipit’ di laman Instagram semalam.

Kata TMJ di Twitter beliau sebentar tadi, isu helang pipit yang ditulisnya semalam itu mendapat perhatian Malaysiakini hari ini namun soal beliau adakah mereka tidak faham atau berbuat buat seolah tidak faham.

“Isu helang pipit ini saya tulis semalam. Memang tak faham atau sengaja buat-buat tak faham? Atau kamu dapat arahan untuk mempergunakan saya sebagai ‘smokescreen’ sekali lagi? @malaysiakini.

“Adakah ini untuk menutup cerita tentang apa yang sedang berlaku ketika ini? Jika benar, ini adalah strategi yang bagus. Ianya berkesan,” sindirnya sebentar tadi.

‘Smokescreen’ bermaksud sesuatu yang dilakukan untuk menyembunyikan niat sebenar seseorang.

Beberapa jam lepas, Malaysiakini melaporkan tentang tulisan TMJ berkaitan helang dan pipit terbang pada ketinggian yang berbeza dipercayai sebagai kiasan darjat darah bangsawan tidak sama dengan orang kebanyakan.

Pada hantaran berkenaan, Tunku Ismail bertitah memakai seluar hitam yang dipasangkan dengan baju Melayu teluk belanga merupakan pakaian tradisi keluarga di raja Johor.

Titah TMJ lagi, hal ini menyebabkan tiada orang lain dalam kerajaan Johor yang akan memakai seluar hitam.

“Ini adalah pakaian tradisi keluarga di raja Johor. Identiti ini melambangkan keluarga Sultan Ibrahim dan kerabat damping. Keluarga yang memerintah. Darah keturunan sultan.

“Itu fasal kita boleh lihat tiada orang dalam kerajaan pakai seluar hitam. Kerana hanya keluarga di raja dan atau kerabat damping yang boleh pakai atau layak pakai seluar hitam.

“Hari ini ramai orang cuba pakai gaya keluarga di raja Johor. Ramai orang luar atau inidividu yang tidak suka atau mengata keluarga di raja Johor tetapi gaya raja Johor semua nak tiru.

“Ramai nak jadi raja sebenarnya. Saya yang anak raja ini pun apabila tersilap langkah saya ditegur oleh almarhum datuk saya.

“Kau jangan lupa helang dan pipit terbang tak sama tinggi.

“Kau baik tahu tempat masing-masing dan angan-angan itu rendahkan sikit daripada rumput,” titah putera mahkota itu.

Dalam hantaran sebelum itu, TMJ turut bertanya mengapa orang lain yang terasa sedangkan beliau menceritakan tentang pesanan datuknya.

“Yang kena marah dengan Atok Saya, saya. Apabila saya tersilap atau bongkak, itu yang Almarhum akan pesan kepada saya. Maksudnya jangan lupa diri. Biar merendah diri. Soalan dia sekarang ni KENAPA ORANG LAIN YANG TERASA???

Pada hantaran Instagram berbeza, TMJ menempelek Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang berbaju Melayu dan memakai seluar hitam dengan petikan kata: “Yang ini pula tradisi nak jadi Perdana menteri dan Sultan Johor pada masa yang sama.”

Walaupun hantaran itu sudah tidak ada lagi, gambar tangkap layarnya terus dikongsi di Twitter dan mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

“Helang terbang tinggi, pipit terbang rendah, peminat pantun, sila beli,” ujarnya. –MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Seluar hitam putih kuning hijau pun jadi masalah. Apalah singkat sangat pemikiran. Tak mengenyangkan perut atau memenuhkan akaun bank pun.

Comments are closed.