Kapal tangki Andrea Victory yang turut diserang dalam kejadian 12 Mei lalu. foto Agensi

NEW YORK – Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa seorang “pelakon negara” kemungkinan besar berada di belakang serangan terhadap empat kapal tangki di luar pantainya.

Serangan pada 12 Mei menyaksikan ciri-ciri “operasi canggih dan terkoordinasi,” menurut laporannya.

UAE tidak mengatakan siapa yang didakwanya.

Serangan itu turut mensasarkan kapal dari Arab Saudi dan Norway.

Sebelum ini Amerika Syarikat telah menuduh Iran berada di belakang serangan itu, tetapi Tehran menafikannya dan meminta supaya siasatan dijalankan.

Serangan itu berlaku pada 12 Mei lalu, dalam wilayah perairan timur UAE di Fujairah, tidak jauh dari Selar Hormuz.

Pihak berkuasa UAE berkata, sebanyak empat kapal disasarkan dalam ‘serangan sabotaj” itu.

Meskipun tidak ada kemalangan membabitkan nyawa, Arab Saudi berkata, dua kapalnya mengalami kerosakan teruk.

Masing-masing sebuah kapal yang didaftarkan di Norway dan kapal keempat menggunakan bendera UAE.

Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat, John Bolton berkata, sudah jelas Iran di belakang serangan tersebut.

Amerika Syarikat berkata, serangan itu adalah sebahagian daripada kempen besar-besaran dalam menentang negara itu dan sekutu-sekutunya.

Kementerian Luar Negeri Iran menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai “aneh”. – MalaysiaGazette