Mohd Puad Zarkashi.

 

KUALA LUMPUR – Jika Latheefa Koya yang melaungkan intergriti gagal membuktikan intergiriti kerana menerima pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM maka apa jaminan suruhanjaya itu akan berintergriti?

Itu persoalan pemimpin UMNO Johor, Datuk Puad Zakarshi.

“Walaupun sudah meletak jawatan dalam PKR, itu hanya lakonan sahaja. Fikrah politik kepartian sudah terpasak kepada kuat dalam dirinya. Bahkan dia juga menonjol dalam politik “kem” yang berantakan dalam PKR,” ujarnya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, sebelum ini, kerajaan PH melantik Ketua Polis Negara dari kalangan pegawai kontrak yang sudah pun berhenti awal dan kini melantik pula bos SPRM dari kalangan orang politik.

“Memang patut pegawai pegawai yang menunggu giliran dan bekerja keras dari bawah merasa marah dan demotivated .

“Apatah lagi ia adalah dua agensi penguatkuasaan yang melibatkan intergriti. Senang senang sahaja orang luar yang tidak pernah memahami dan meyumbang dalam perkhidmatan awam apatah lagi SPRM,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Puad juga mahu tahu kenapa mantan bos SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull berhenti awal dengan mengatakan misinya sudah selesai.

Justeru beliau mendakwa langkah Shukri berundur dan pelantikan Latheefa sekadar meneruskan misi siasatan selektif dan politik kerajaan PH dan sebab itu mereka mahu orang politik dalam kedudukan utama di SPRM.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kita tidak boleh harap SPRM berkecuali dlm segala tindakan terhadap pwrasuah sama ada drp pihak pwmerintah mahupun pembangkang. Apa yg penting, jika ia bersasarkan kpd perasuah drp pembangkang melebihi perasuah pemerintah skrg, itu pun dah cukup baik sebab yg terhukum ialah perasuah. Tentunya dgn bertindak kpd perasuah, sekurang kurangnya kelompok yg bersalah terhukum dan pd masa yg sama memberi petanda/signal kpd yg lain bhw mereka yg merasuah atau bakal merasuah akan diburu satu masa nanti. Oleh itu, jgn risau ttg siapa atau pihak mana akan ditahan kerana rasuah, sebab di akhirnya, perasuah perlu ditangkap dan didakwa bagi membenteras rasuah di negara ini. Utk itu, lantikan ketua baru SPRM bukan isu. Isunya adakah kes tuduhan dan tangkapan akan bertambah dan didakwa selepas ini, itu yg penting dan sekaligus mengurangkan gejala rasuah dlm negara.

Comments are closed.