Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, semua mereka berusia 17 hingga 58 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan di negeri ini menerusi Op Soga Piala Dunia 2018.
Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd

JOHOR BAHRU – Johor merekodkan sebanyak 19 kematian akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh lapan hari Op Selamat 15/2019 dijalankan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, angka kematian itu melibatkan 14 kes kemalangan motosikal, tiga (kereta) dan satu (pejalan kaki).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau berkata, jalan persekutuan mencatatkan sebanyak enam kes kemalangan maut, diikuti lima kes bagi (jalan lebuhraya), empat kes (jalan bandaran), dua kes (jalan negeri) dan satu kes (jalan lain-lain).

“Op secara keseluruhannya telah mencatatkan sebanyak 2,041 kes kemalangan dalam tempoh itu, meningkat sebanyak 154 kes berbanding 1,887 kes yang direkod dalam tempoh sama bagi Op Selamat 13/2018.

“Daripada jumlah itu, lima daerah yang paling tinggi kadar kemalangan ialah Johor Bahru Selatan iaitu sebanyak 454 kes, 290 (Johor Bahru Utara), 232 (Batu Pahat), 200 (Seri Alam) dan 190 (Seri Alam).

“Selain itu, Jalan Bandaran juga menunjukkan kadar kemalangan paling tinggi iaitu sebanyak 819 kes, diikuti 448 (Jalan Persekutuan), 347 (Jalan Negeri), 185 (lebuhraya) dan 170 bagi jalan lain-lain,” katanya.

Menurut Mohd Khalil, antara punca utama kemalangan berlaku adalah pemandu gagal mengawal kenderaan, mengekori terlalu rapat, terbabas, cuai keluar atau masuk simpang dan cuba memotong serta mengubah laluan.

“Dari statistik ini, kita dapat simpulkan bahawa pertambahan kenderaan yang banyak di jalan raya, jaringan jalan yang tidak dapat menampung pertambahan kenderaan, sikap pemanduan yang tidak berhemah serta kurang kemahiran dalam pengendalian kenderaan adalah antara punca kemalangan meningkat.

“ Faktor cuaca pula merupakan faktor utama yang mendorong kepada kemalangan berlaku,” katanya. – Bernama