Polis China mengawal ketat 94 orang warga Taiwan yang didakwa melakukan penipuan atas talian dan telefon. foto SCMP

BEIJING – Pihak berkuasa China berkata, suspek-suspek itu tiba di lapangan terbang di sini dengan sebuah pesawat sewa.

Setiap tertuduh diiringi oleh polis.

Ekstradisi itu dilakukan dalam serbuan bersama polis China dan Sepanyol pada tahun 2016 dalam 13 operasi di beberapa bandar Sepanyol.

Setakat ini seramai 225 suspek telah diekstradisi dengan 218 orang adalah warga Taiwan.

Penipuan yang beroperasi di beberapa negara itu selalunya mensasarkan warga China.

Pemanggil akan menyamar sebagai pihak berkuasa China dan menuntut mangsa untuk memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun pemanggi.

Taiwan telah membantah ekstradisi itu sebelum ini dengan menyatakan suspek sepatutnya dihantar ke Taiwan bukan China. – MalaysiaGazette