TERKINI : PLEASE!!! Saya Berhenti Kerana “JANJI dan INTERGRITI” – Shukri Abdull

PUTRAJAYA – Datuk Seri Mohd Shukri Abdull hari ini tampil menjelaskan beliau bukan melepaskan jawatan, meninggalkan, sengaja memendekkan tempoh perkhidmatannya atau dipecat sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebaliknya, tindakannya untuk meninggalkan SPRM kerana berpegang kepada janji dan integriti yang dibuat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pertemuan pertama dengan perdana menteri pada Ogos tahun lalu.