Dua produk pertama Jacaranda dipasarkan di bawah label Cinta Herbs & Co. Rangkaian iaitu Refresh Foot Spray dan Revive Foot Spray.

SHAH ALAM – Pengeluar rangkaian produk berjenama Cinta Herbs &Co, Jacaranda (M) Sdn Bhd (Jacaranda) menyasarkan jualan rangkaian produknya sebanyak 40,000 unit menjelang akhir tahun ini sekaligus dapat terus mengukuhkan kedudukan dalam pasaran.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ainuddin Tumar berkata, sasaran itu yakin dicapai berikutan dua produk semburan kaki, Refresh Foot Spray dan Revive Foot Spray menerima sambutan yang memberangsangkan.

Menurutnya, sasaran jualan itu juga didorong oleh strategi syarikat yang menyasarkan pembeli dalam kalangan pelancong, ahli sukan, bakal jemaah haji dan umrah, ahli korporat atau perniagaan yang kerap berkunjung ke luar negara untuk menguruskan perniagaan mereka.

“Golongan ini mempunyai pergerakan yang terbatas dan berada dalam pesawat dalam tempoh jangka yang panjang. Dengan adanya produk semburan seperti ini ia akan membantu memberikan keselesaan kepada mereka.

“Syarikat optimis inovasi dan kelainan yang kami tampilkan dalam setiap produk akan diterima pengguna,” katanya pada sidang media di majlis memperkenalkan produk Cinta Herbs & Co, di Shah Alam, baru-baru ini.

8J0A2229
Jacaranda tampil memperkenalkan Foot Spray iaitu produk semburan kaki yang berasaskan bahan semulajadi.

Ainuddin berkata, sebelum ini, Cinta Herbs & Co mengeluarkan produk rendaman kaki yang terdiri daripada adunan Timur dan Barat dihasilkan berasaskan bahan semula jadi, bunga-bunga kering, akar kayu dan garam Himalaya dan minyak pati.

Bagaimanapun, atas permintaan ramai, syarikat menjalankan proses dan penyelidikan dengan mengeluarkan produk Refresh Foot Spray dan Revive Foot Spray.

“Penggunaan bahan-bahan berkualiti itu akan memacu kepada peningkatan jualan produk jenama Cinta Herbs & Co kerana ia membantu memberikan keselesaan kepada pengguna.

“Cara penggunaan produk ini ialah mulakan dengan Refresh sebeluam melakukan sebarang aktiviti atau perjalanan dan selepas itu untuk melegakan sembur pula Revive. Produk ini dijual pada harga RM35 dan mempunyai 30 mililiter yang boleh dibeli secara atas talian,” katanya.

Ainuddin berkata, selain Refresh Foot Spray dan Revive Foot Spray, syarikat juga akan mengeluarkan tiga lagi produk baharu yang memfokuskan kepada penjagaan diri dengan menggunakan herba dan bahan yang berkualiti antaranya garam Himalaya. – MalaysiaGazette