Facebook Nordin Kardi

KUALA LUMPUR – Naib Canselor, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Nordin Kardin melahirkan rasa bangga dengan keyakinan diri yang dimiliki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia itu berkata, ini kerana sekiranya Mohamad tidak yakin dengan diri sendiri, beliau tidak akan berucap sambil bergurau di dalam acara rasmi.

Tegas beliau, apa yang penting, keyakinan diri daripada melihat seorang pemimpin itu nampak sempurna namun sebenarnya kaku dan berpeluh.

“Saya bangga MenHan sangat yakin diri sendiri. Kalau dia tak ada yakin diri dia tak akan boleh berucap sambil melawak dalam acara rasmi. Yakin diri lebih penting daripada nak perfect tapi kaku dan berpeluh.

“Musim raya ni masih banyak yang perkecil dan rendahkan Menteri Pertahanan. Kenapa macam tu? Hanya disebabkan Bahasa Inggerisnya kurang baik. Bukan la salah sangat tu. Tak rosak pun negara.

“Soal tak fasih bahasa Inggeris ini bukan pelik bagi generasi 1970an sampai 90an di universiti, yang kemudian berjawatan besar. Ada yang sudah berjawatan KSU Turus pun berpeluh bila berucap dalam Bahasa Inggeris dalam acara rasmi atas pentas.

“Tak berani berkelip mata tengok text. Bukan sekali dua saya tengok sendiri. Kalau setakat SU Bahagian Kementerian atau Jabatan lagi la,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Nordin yang juga bekas Ketua Pengarah Biro Tatanegara turut mengakui beberapa Naib Canselor termasuk dirinya masih gagap bercakap dalam Bahasa Inggeris.

“Apa nak heran kalau ahli politik macam MenHan. Ada yang dah ada Master/PhD daripada universiti di USA dan UK pun gagap English. Yang simple, singular verb dan plural verb pun lupa bila bercakap. Tak la pulak rosak negara hanya sebab itu.

“Berdamailah dengan diri sendiri. Cek la diri sendiri juga. Tak baik hina orang terutama kalau bahasa sendiri pun lintang pukang. Tak kira apa parti kita dan apa parti MenHan bila dia sudah jadi menteri, dia menteri kita semua. Dia menteri Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Salahnya kita sendiri mengagungkan sangat bahasa asing. Sedangkan bahasa Melayu ada !. Sejak aku sekolah rendah masa kali pertama ‘ Minggu Kebangsan ‘ diadakan, tiap tahun hingga sekarang, bahasa Inggeris tetap jadi keutamaan !. Sekarang dah berdekad2 konon bahasa Melayu nak didaulatkan, berjuta wang kempen ‘ bahasa kebangsaan ‘ hancur lebur. Tapi bahasa Inggeris juga jadi bahasa utama ….Apa salah pemimpin dulukan guna jurubahasa jer bila bercakap guna bahasa Melayu dengan pemimpin dan orang luar negara ? Kita tenguk ramai pun pemimpin negera asing hentam pakai bahasanya dia bila bercakap orang luar !.

Comments are closed.