TERKINI : TBS Jangka Jumlah Penumpang Meningkat Selepas Cuti Umum Berakhir

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan di sini menjangkakan akan menerima sejumlah besar penumpang pada hujung minggu ini selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan cuti persekolahan berakhir.

Pengurus kanan (operasi) TBS, Faizal Redza Redzuan berkata mengikut sistem tiket untuk tempoh 31 Mei-9 Jun, kira-kira 140,000 orang telah membeli tiket ke terminal bas TBS, majoriti mereka dijangka tiba pada Sabtu dan Ahad ketika tinjauan lensa Malaysiagazette.