MANCHESTER – Penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) mengalami kelewatan selama lebih tujuh jam pada Jumaat lalu berikutan seorang wanita membuka pintu kecemasan secara tidak sengaja ketika pesawat berada di landasan.

Wanita tersebut menyangka bahawa pintu tersebut adalah tandas, lapor Samaa.

Penerbangan PK702 dijadual berlepas dari Manchester ke Islamabad.

Gelungsur kecemasan terkeluar apabila pintu kecemasan dibuka.

Berikutan itu, penumpang dikeluarkan dari pesawat.

Jurucakap PIA berkata, mereka ditempat di hotel dan menyambung perjalanan dengan menggunakan penerbangan seterusnya.

Ketua Pegawai Eksekutif PIA telah mengarahkan siasatan mengenai insiden tersebut dilakukan. – Agensi