Gambar hiasan

BEIJING – Pertumbuhan eksport China kembali semula pada bulan Mei meskipun Amerika Syarikat (AS) mengancam untuk mengenakan tarif yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, kadar import jatuh dalam tempoh berkenaan disebabkan petunjuk permintaan domestik lemah yang memungkinkan Beijing mempercepatkan langkah-langkah rangsangan ekonomi.

Sesetengah penganalisis menjangkakan pengeksport China akan segera membuat penghantaran ke AS bagi mengelakkan kadar tarif baharu.

Data eksport yang dikeluarkan pada Isnin dilihat tidak mampu mengurangkan kebimbangan terhadap perang perdagangan AS-China.

Semakin lama perang perdagangan itu berlarutan, semakin hampir ekonomi global menghampiri kemelesetan.

Eksport China pada bulan Mei meningkat 1.1 peratus berbanding setahun lalu, lebih baik daripada jangkaan penganalisis.

Walaupun China tidak lagi bergantung kepada eksport seperti masa dahulu, eksport masih lagi mewakili hampir satu per lima daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negaranya.- MalaysiaGazette