Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad (kanan) berbual sesuatu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham A. Dahlan (dua kiri) pada sidang media mengenai peranan Yayasan Wilayah Persekutuan di Wisma Yayasan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 JUN 2019

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan tidak menolak kemungkinan untuk  mengekalkan tapak Bazar Ramadan Jalan Raja di sini pada tahun depan.

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, keputusan itu jika direalisasikan akan melibatkan beberapa penambahbaikan di sebalik pemindahan tapak perniagaan itu.

Pada masa sama katanya, kementerian itu turut mencapai matlamat yang berjaya dicapai terutama dalam menghapuskan budaya monopoli lot perniagaan oleh golongan tertentu sejak sekian lama.

“Dahulu seorang individu ada yang kuasai sehingga 100 petak dan menjualnya pula kepada pihak ketiga.

“Oleh itu, kami memutuskan untuk mengambil alih dan menyelesaikan ‘penguasaan’ itu dengan mendaftarkan permohonan secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) di Wisma YWP di sini hari ini.

Khalid bagaimanapun memberitahu, semua keputusan yang dibuat selepas satu ‘post mortem’ untuk menilai keseluruhan aspek penganjuran bazar berkenaan selain melihat perkara-perkara yang perlu diperbaiki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast