Deretan pesawat Airbus A380 milik Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang mencari tawaran perjalanan pada saat akhir kini boleh menikmati tambang rendah ‘Fly Now Deals’ Malaysia Airlines mulai sekarang hingga 21 Jun 2019.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata, menerusi tambang serendah RM339 pergi balik kelas ekonomi, orang ramai boleh merancang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Medan, Bali daripada RM689, Hong Kong RM719, Manila RM789, Chennai RM939, Beijing RM1,119, Seoul daripada RM1,209, Tokyo RM1,399, Sydney RM1,549, atau London daripada serendah RM2,899.

“Perjalanan sehala kelas ekonomi bagi laluan domestik juga ditawarkan daripada serendah RM69 dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang atau Langkawi, daripada serendah RM99 ke Kuching dan daripada RM129 ke Kota Kinabalu,” katanya.

Selain Fly Now Deals, Malaysia Airlines juga menawarkan diskaun 15 peratus bagi tempat duduk standard dengan 10 kilogram tambahan bagasi, MHinsure, pilihan tempat duduk, bagasi tambahan selain akses ke Golden Lounge. – MalaysiaGazette