Dua dron yang disasarkan ke kota Khamis Mushat berjaya dipintas oleh tentera Arab Saudi. foto Agensi

KAHERAH – Pasukan pertahanan udara Arab Saudi memintas dua dron yang dilancarkan oleh pemberontak Houthi Yaman.

Serangan terbaharu itu mensasarkan kota Khamis Mushait, menurut jurucakap pakatan Arab Saudi dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudi Press Agency pada awal hari ini.

Namun, kenyataan itu tidak memberikan butiran lanjut.

Masirah TV yang dikendalikan oleh Houthi melaporkan bahawa pergerakan yang selari dengan Iran itu telah melakukan serangan ke atas pangkalan udara King Khalid berhampiran Khamis Mushait di barat daya Arab Saudi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast