KUALA LUMPUR – Penyanyi era pop yeh yeh, Datuk A. Rahman Hassan meninggal dunia di Hospital Ampang, jam 12.40 malam tadi.Ia disahkan anak sulungnya, Khir Rahman.

Rahman, 73, yang popular pada era 1960-an bersama Orkes Nirwana menerusi lagu Tak Mengapa, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang selepas pitam di sebuah stesen minyak di Ampang.

Kejadian yang berlaku pada jam 10 malam Isnin lalu itu menyaksikan A Rahman diselamatkan serta dihantar ke hospital menaiki ambulans.

Khir memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga.

Katanya, jenazah bapanya akan dimandikan di hospital dan akan dibawa pulang ke rumah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat.

Jenazah ayahnya kemudian akan dikebumikan selepas Zohor di tanah perkuburan yang turut menempatkan jenazah isterinya, Allahyarham Datin Azizah Mohamad yang meninggal dunia pada 26 April 2013.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/06/11/a-rahman-hassan-pitam-masuk-semula-hospital/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast