Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin.

Romi Hamdan, 25, meninggal dunia pada 29 Mei lepas dilapor akibat jangkitan radang paru-paru atau pneumonia dan dikebumikan mengikut cara Islam pada 30 Mei di dalam hutan Kuala Koh, di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata mayat itu dibawa keluar oleh Unit Forensik pada pukul 3.30 petang ini.

“Kuburnya berada di dalam hutan. Mayat dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan ujian-ujian lanjut,” katanya pada sidang media di Ladang Aring 10, di sini.

Mengenai penemuan empat lagi mayat Orang Asli dalam operasi pencarian hari ini, Mohd Taufik berkata semua mayat tidak dibawa keluar dan lokasi penemuan ditandakan untuk tindakan lanjut.

“Ada mayat yang ditemui dibalut dengan tikar mengkuang…kami jumpa, kami tak usik dan hanya buatkan tanda,” katanya.

Beliau berkata operasi mengesan baki empat lagi daripada 12 mayat Orang Asli itu dijangka mengambil masa lebih lama berikutan lokasinya jauh di pedalaman hutan. Sehingga hari ini lapan mayat telah ditemukan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast