TERKINI : MERIAH! Lebih 2,000 Tetamu Hadir Majlis Mesra Aidilfitri TNB 2019

Majlis Mesra Aidilfitri TNB 2019 yang meraikan rakan-rakan korporat Syarikat disambut penuh keceriaan dan diserikan lagi dengan kunjungan Timbalan Menteri, Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Isnaraissah Munirah Majilis.

Turut hadir memeriahkan lagi majlis ini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan dan barisan Pengurusan Tertinggi TNB.