KUALA LUMPUR – Raja Pemaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang dikenali dengan sikap merendah dirinya.

Kali ini, baginda berkenan ‘masuk dapur’ dan memasak di kediaman pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim.

Selain menunjukkan bakat memasak tiga juadah termasuk gulai nanas udang, ikan bilis masak kicap, ikan singgang jenahak dan ayam pedas – baginda juga sempat memberi tips masakan kepada Rizalman.

rizalman pemasiuri

Berdasarkan instastory Rizalman semalam, Tunku Azizah datang ke rumahnya memasak sebelum menjamu rakan-rakan mereka yang lain.

Antara yang hadir bersama ialah bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Jalil dan pelakon, Shah Rezza.

Dalam pada itu, Rizalman juga menunjukkan kemahiran menyediakan meja makan dengan kemas dan cantik sesuai dengan tetamu VIP yang dijemputnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast