Haziq Abdullah Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Gabungan Sekretariat Badan Bukan Kerajaan (NGO) Rakyat Malu mendakwa ada pihak yang mahu menlancarkan tabung khas bagi membiayai siasatan terhadap empat video intim mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam satu jemputan, gabungan NGO berkenaan berkata, tabung berkenaan diwujudkan bagi membiayai kos siasatan video-video berkenaan yang akan dibuat di Amerika Syarikat.

Ia berdasarkan kepada pesanan yang diberikan gabungan itu kepada media hari ini.

“Gabungan Sekretariat Ngo-Ngo Rakyat Malu akan mengadakan sidang media pada Selasa depan mengenainya,” demikan menurut pesanan berkenaan.

Sidang media itu akan dikemudi presidennya, Ariffin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Ayah Ipin.

Terbaharu, individu yang mengaku mengadakan seks dengan lelaki mirip Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Haziq Abdullah Abdul Aziz, bakal dituduh dengan dua pertuduhan.

Haziq akan berdepan tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan mengedarkan bahan lucah di bawah Seksyen 292 kanun yang sama.

Bekas Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perusahaan Utama itu juga akan disiasat di bawah Sekysen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah Keamanan.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed.

Huzir berkata Haziq berada di terminal pelepasan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika ditahan kira-kira jam 6 petang semalam. -MalaysiaGazette