Sara Netanyahu. foto Agensi

BAITULMAQDIS – Isteri Benjamin Netanyahu mengaku penyalahguna dana dan perlu membayar sejumlah AS$$ 15,000 (£ 11,910).

Sara Netanyahu dituduh membelanjakan AS$ 99,300 bagi katering luar dan membuat pengisytiharan palsu bahawa kediaman perdana menteri tidak ada tukang masak.

Dia didakwa melakukan penipuan itu pada tahun lalu.

Peguam Sara berkata, kes itu bukan cubaan untuk mengheret Benjamin Netanyahu.

Sebaliknya, Sara akan mempunyai rekod jenayah.

Sara perlu membayar semula sejumlah AS$12,490 dan denda AS$2,777. – MalaysiaGazette