Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau sudah letih mendengar golongan hipokrit yang melahirkan rasa ngeri terhadap politik kotor.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu, tidak ada politik kotor, yang ada hanyalah ahli politik yang kotor.

“Penat dengar hipokrit yang melahirkan rasa takut kepada ‘politik kotor’. Yang pertama, tidak ada politik kotor, hanya ahli politik yang kotor,” katanya.

Perkataan politik kotor menjadi sebutan di bibir pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) susulan penyebaran video luar tabii yang membabitkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang lelaki mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebelum ini, PKR menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu dengan tegas dan menolak sebarang bentuk permainan politik kotor dan mempertikaikan ketulenan video berkenaan.

Naib Presiden PKR, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan penularan video seks sebagai permainan politik kotor bagi membantutkan pembinaan Malaysia Baharu.

Zuraida berkata, sebarang konspirasi politik bagi membunuh karakter menerusi penularan video tersebut perlu dihentikan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga menggesa agar semua pihak menolak amalan politik kotor yang nyata tidak membawa sebarang kebaikan kepada mana-mana pihak.

Zaid berkata, beliau hanya mahu tahu sama ada video seks yang tular itu sahih atau pun tidak. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.