SAN FRANCISCO – Kabin yang menjadi lokasi karakter Tony Stark bersama keluarganya tinggal kini boleh disewa menerusi perkhidmatan Airbnb.

Bagi peminat Marvel Studio, karakter Tony Stark atau Iron Man bukanlah asing lagi dan dalam filem pecah panggung terbaharu Avengers: Endgame, Tony digambarkan tinggal di sebuah kabin comel di tepi tasik.

Lokasi sebenar kabin tersebut adalah di tengah-tengah Bouckaert Farm, kira-kira 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Atlanta, Amerika Syarikat.

Laman web Airbnb mengesahkan kabin ikonik yang dijadikan lokasi pengambaran filem berkenaan boleh disewa pada kadar AS$800 semalaman dan mampu memuatkan enam orang.

Ia memiliki tiga katil dan tiga kabin mandi.

Menurut pemerhatian peminat-peminat filem, kabin yang sama turut dijadikan lokasi pengambaran filem Godzilla: King of the Monsters. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast