Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadir perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 JUN 2019.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan sebelum ini dikatakan telah meminda tujuan asal pinjaman SRC International Sdn. Bhd.

Perubahan itu menurut saksi, Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Afidah Azwa Abdul Aziz dipohon dalam sebuah memorandum untuk mendapatkan persetujuan jemaah menteri.

Jaminan kerajaan untuk syarikat itu  membuat pinjaman kedua  disifatkan saksi ke-41 itu sebagai bertentangan dengan yang asal iaitu demi pembiayaan pelaburan dalam sektor sumber asli kepada untuk membiayai aktiviti pelaburan am dan modal pusingan syarikat.

“Jaminan akan diluluskan) Untuk biayai pelaburan dalam sektor sumber asli.

“Mengikut memo, bacakan. Syarikat SRC memutuskan untuk memperoleh pembiayaan daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

“Tidak. (Adakah bersamaan dengan keputusan jemaah menteri yang dibacakan (dalam penyataan saksi),” katanya kepada Mahkamah Tinggi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim pada hari ke-28 perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk rekod, Najib sebelum ini turut memegang jawatan Menteri Kewangan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast