KUALA LUMPUR – Cubaan keempat pihak tertentu untuk menggunakan media sosial sebagai medium menyebarkan video lucah yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali tidak mendapat sambutan.

Sebaliknya, ramai pengamal media dan wartawan bertindak keluar daripada kumpulan berkenaan pada jam 4.29 pagi tadi.

Malah admin kumpulan yang menggunakan nama ‘Azmin mana mau lari? itu dikecam hebat pengamal media dan wartawan.

Who the f*** are you, Admin? Berani bagi penuh sekarang,” marah seorang wartawan.

Ada yang mengugut untuk melaporkan admin kumpulan itu ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Better make a police report on this number,” kata seorang lagi wartawan.

“Tak berminat dengan permainan keji jijik kotor dan murahan. Politician jangan manipulate media dengan game korang,” kata seorang lagi wartawan.

Wapaupun hebat dikecam admin kumpulan berkenaan yang bernombor 01955709** itu langsung tidak memberikan sebarang respons.

Admin itu tidak menamakan dirinya namun memaparkan wajah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut dilihat keluar dari kumpulan itu adalah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar, Bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

Sebaran kali ini tidak memaparkan video lucah namun hanya program media BBC World News yang dipercayai dilihat lelaki mirip Azmin pada pagi 11 Mei di sebuah hotel di Sandakan. -MalaysiaGazette