G.Ravi, 30, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret M Kalaiarasi.

BUTTERWORTH – Seorang pekerja ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang wanita yang sedang berniaga nasi lemak, Ahad lepas.

G.Ravi, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret M Kalaiarasi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Roslinda Mohamad Isa, 44, yang sedang berniaga nasi lemak di tepi jalan Taman Bertam Indah, di sini pada 10 pagi, Ahad.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun dan didenda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap 20 haribulan serta menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan kes.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast