Telekom Malaysia Bhd (TM) muncul kaunter ketiga paling rugi di Bursa Malaysia pagi ini berikutan laporan media bahawa harga perkhidmatan jalur lebar Malaysia dijangka susut sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini.
Foto hiasan

KUALA LUMPUR- Telekom Malaysia Bhd. (TM) akn menghantar cadangan berhubung penyelesaian isu-isu berkaitan perkhidmatan Streamyx kepada kerajaan dalam tempoh sebulan.

Syarikat telekomunikasi itu berkata, mereka sangat komited untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan seperti yang telah diarahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

“Kami akan menghantar kertas cadangan dalam tempoh sebulan dan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

“Sementara itu, mereka akan terus meneroka pelbagai teknologi fit-for-purposes di samping mengomptimumkan mekanisme-mekanisme industri yang sedia ada bagi memberikan perkhidmatan jalur lebar kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Gobind mengarahkan TM menghantar laporan berhubung isu-isu yang sering diutarakan oleh pelanggan Streamy.

Tegasnya, TM sepatutnya memandang serius aduan yang telah dibuat oleh pengguna-pengguna Streamyx berhubung perkhidmatan yang perlahan, kurang kesalinghubungan dan harga perkhidmatan yang mahal.- MalaysiaGazette