Arif Aziz

KUALA LUMPUR – Bekas suami penerbit drama, Datuk A. Aida dikecam netizen gara-gara menyindir bekas isterinya itu.

Ariff Aziz dalam ruangan Intagram Story miliknya telah memuat naik satu video dan gambar seakan menidakkan dirinya untuk merujuk kembali hubungan perkahwinan mereka.

Namun status yang ditulisnya itu dianggap kurang sopan dan tidak bijak.

“Jap peluang kedua? Kenapa aku rasa nak muntah?” tulisnya.

Gara-gara itu netizen mengecam Ariff sehingga dia terpaksa tampil menjelaskan tidak akan memberi komen lagi tentang penceraiannya itu.

Status itu dipercayai ditulis merujuk kepada jawapan Aida yang dikatakan tidak akan lagi memberi peluang kedua buat Ariff yang juga pelakon.

Aida, 49 dan, Ariff, 30, hanya sempat melayari alam rumah tangga selama sembilan bulan sebelum disahkan bercerai pada 25 April lalu.

Aida yang mengumumkan perceraian itu pada sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur kelmarin berkata, perceraian kali keempatnya itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur, Selangor.

Katanya, perpisahan adalah jalan terbaik buat dia dan Ariff selepas tiada lagi persefahaman antara mereka.

Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018 di sebuah hotel di Subang Jaya selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast