Home Seni Hidup Izzue mohon maaf pada isteri

Izzue mohon maaf pada isteri

KUALA LUMPUR – Mendirikan rumah tangga sejak enam tahun yang lalu namun msih belum dikurniakan anak, penyanyi dan pelakon Izzue Islam memohon maaf kepada isterinya.

Ucapan menyentuh perasaan itu dikongsikannya menerusi Instagram bersempena hari ulang tahun isterinya, Awin ke-37 hari ini.

Izzue juga merakamkan perasaan bersalahnya tidak dapat sering meluangkan masa bercuti seperti pasangan suami isteri yang lain akibat kekangan kerja.

“Minta maaf isteriku, rasanya masih banyak kekurangan I sepanjang jadi suami you. Belum lagi dapat bagi you baby idaman setiap pasangan bergelar suami dan isteri. Bercuti nak rileks-rileks berdua rehatkan diri rasanya sekali pun tak pernah sepanjang kita kahwin.

“Kadang-kadang selalu juga terlepas cakap sampai buat awak tersinggung. Tak cukup tu, saya pernah jugak buat awak terasa sampai menangis. Terima kasih sebab menjadi seorang isteri yang menerima kelemahan saya. Tak pernah pun mengeluh walau tak cukup rehat atau tidur. Tak pernah bosan jadi pemandu saya walaupun saya kat sebelah dah berdengkur!

“Masa saya susah awak ada malah awak yang senangkan dan tenangkan saya dalam segala hal! Sentiasa positif walau beribu manusia kiri kanan kita duk mengutuk. You are the best isteriku! Selamat Hari Lahir,” tulisnya.

Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin yang juga pengurusnya pada 2 Jun 2013. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast