KUALA LUMPUR – Sebagai langkah pencegahan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang telah memastikan kesemua sekolah di kawasan berhampiran mengambil inisiatif berjaga-jaga.

Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata, untuk menangani kemungkinan kesan daripada kualiti udara berkenaan.

Menurutnya, setakat pagi ini, kualiti udara di kawasan sekitar sekolah menunjukkan bacaan selamat dan pemantauan berterusan dijalankan oleh pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca sebenar.

Sebelum itu, seramai 11 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 4, Pasir Gudang, Johor telah menerima rawatan pesakit luar di pusat rawatan sementara di Sekolah Agama
Taman Mawar ekoran simptom muntah, pening kepala dan loya petang semalam.

Mangsa terkena pencemaran semasa sesi persekolahan sidang petang dipercayainakibat udara dan dibenarkan pulang tanpa dirujuk ke mana-mana hospital.

“PPD Pasir Gudang akan terus memantau perkembangan untuk tindakan susulan berdasarkan arahan Jawatankuasa Bencana Daerah dan pihak berkuasa daerah,” kata Azman.- MalaysiaGazette