Aaron Aziz

KUALA LUMPUR – Pelakon Datuk Aaron Aziz serta isteri, Diyana Halik dan anak bongsu mereka iaitu Dahlia Arissa, 9, dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara akibat keracunan makanan, semalam.

Menerusi Instagram (IG) Story milik Diyana, dia meluahkan rasa syukur kerana segala dipermudahkan urusan keluarganya ketika ditimpa ujian.

“Alhamdulillah, thank you (terima kasih) Allah, walaupun sakit tapi dipermudahkan. Walaupun sakit, dapat treatment (rawatan), dapat ubat semua,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi IG Story milik Dahlia, sejam lalu, dia memuat naik gambarnya berserta kapsyen menyatakan akan keluar hospital hari ini.

“Akan discaj hari ini,” tulisnya ringkas.

Menerusi gambar yang dimuat naik dua hari lalu di IG milik Aaron, mereka sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan pembantu rumah mereka di Cirebon, Indonesia. – MalaysiaGazette