KUALA LUMPUR – Malaysia diletakkan pada Tahap 2 Pemerhatian kes pemerdagangan orang, menurut laporan terbaharu Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Pemerdagangan Orang (TIP).

Laporan itu menyebut, kerajaan tidak memenuhi piawaian minimum bagi penghapusan pemerdagangan manusia seperti yang ditetapkan seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, Malaysia sedang giat berusaha ke arah pelaksaannya.

Negara-negara di Tahap 2 adalah dalam kalangan yang tidak memenuhi piawaian minimum Akta Perlindungan Mangsa Perdagangan, pada masa sama membuat usaha penting untuk memenuhi piawaian tersebut.

Laporan tersebut menyatakan usaha yang dibuat oleh Malaysia termasuk lebih ramai pesalah didakwa, mengeluarkan pas lebih banyak dengan bebas kepada mangsa di tempat perlindungan, malah menubuhkan perlindungan tambahan untuk mangsa wanita.

Malaysia juga berterusan mengemas kini sistem pengurusan pekerja asingnya.

Namun demikian, kerajaan juga menyiasat serta mengenalpasti isu-isu pemerdagangan dengan jumlah sedikit pada tahun ini, selain daripada usaha melindungi mangsa tidak mencukupi.

Beberapa pusat rawatan pemulihan serta perubatan tidak dilaksanakan secara konsisten dan perlahan tidak seperti dulu.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah berkata, kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) akan berusaha membanteras jenayah pemerdagangan orang termasuk mengeratkan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak industri serta mempergiatkan tindakan bersepadu antara agensi penguat kuasa.

Bagi bawah Tahap 1, kerajaan bagi sesebuah negara itu memenuhi piawaian minimum Akta Perlindungan Mangsa Perdagangan (TVPA).

Negara yang berada di bawah Tahap 3 pula langsung tidak melakukan sebarang usaha untuk memperbaiki rekod atau piawaian mereka.

Laporan juga menyebut aktiviti rasuah masih lagi berleluasa dalam proses pengambilan pekerja asing di Malaysia. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast