TERKINI : Rakyat Jadi Duta Pelancongan – Dr. Wan Azizah

KUALA LUMPUR – Sasaran kerajaan untuk mendapatkan seramai 30 juta pelancong asing dalam usaha mengutip pendapatan sebanyak RM100 bilion mampu dicapai sekiranya seluruh rakyat berperanan sebagai duta pelancongan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, masyarakat perlu bersama kerajaan mempromosikan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan menonjolkan keperibadian mulia.