Foto Instagram Ain Edruce

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Ain Edruce, 27, selamat bertunang dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz, 26, di kediaman keluarganya, di sini, semalam.

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Kekasih Paksa Rela itu dan pasangannya merancang menikah pada 13 Disember depan.

Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce berkata, tarikh pernikahan dipilih berdasarkan persetujuan kedua-dua keluarga.

Pada majlis berkenaan, Ain yang manis dalam persalinan rona pastel rekaan Wanpa menerima sebentuk cincin, selain sembilan dulang hantaran berbalas sebelas.

Kira-kira 200 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak menyerikan majlis berkenaan.

Ain dengan Amirul berkenalan sejak setahun lalu menerusi Instagram. – MalaysiaGazette