KUALA LUMPUR – Pengacara Ally Iskandar Mohd Mardzi melangsungkan pernikahan dengan wanita dikenali sebagai Marlina Ibrahim, semalam selepas hampir tiga tahun menduda.

Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu sah menjadi suami kepada wanita kelahiran Temerloh, Pahang itu dengan sekali lafaz.

Pada majlis itu, Ally, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 dan senaskah al-Quran.

Gambar pasangan mempelai itu dikongsi adiknya, Ardi Herman menerusi Instagram.

Ia adalah perkahwinan kedua Ally yang sebelum ini, mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee pada 20 Januari 2012.

Jodoh mereka bagaimanapun, tidak panjang apabila mengambil keputusan untuk bercerai pada 17 Ogos 2016.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Ally dikurniakan seorang anak perempuan, Maream Esabel yang kini berusia lima tahun.

Sementara itu, sehari selepas majlis pernikahannya, pengacara berusia 43 tahun itu dilihat turut bersama ahli keluarga lain menghantar bekas isteri dan anaknya pulang ke United Kingdom (UK).

Menerusi hantaran di laman Instagram Farah Lee, wanita itu memaklumkan, Ally dan isteri baharunya turut menghantar mereka pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast