Shabtai Shavit

TEL AVIV – Bekas Ketua agensi pengintipan Israel, Shabtai Shavit berkata negara itu tidak mahu keamanan, dan jika ia mahukannya maka Israel telah berdamai dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) sejak dahulu lagi.

Shavit mneyatakan demikian kepada akhbar Maariv bahawa jika Israel mahukan keamanan ia boleh melakukan perbincangan dalam bidang ekonomi dan infrastruktur yang merupakan aspekĀ  penting untuk kedua-dua belah pihak, lapor Arab 48.

Bagaimanapun Shavit berkata, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu tidak melihat PA sebagai rakan rundingan dan oleh itu beliau enggan mengadakan perhubungan dengan pihak berkuasa itu, lapor Middle East Monitor.

“Adakah anda tahu mana-mana pemimpin dalam kerajaan Israel yang berunding dengan Palestin? tanya beliau.

Shavit menuduh Netanyahu berhenti berunding dengan PA berikutan tekanan yang diberi puak berhaluan kanan Israel, yang beliau dakwa ‘boleh membunuhnya di pusat bandar’ jika beliau memulakan rundingan pada hari ini.

“Kami (Israel) adalah negara terkuat di Timur Tengah,” kata Shavit sambil menambah, “Pada masa ini, tiada gabungan negara Arab yang mungkin dibentuk yang boleh membahayakan kehadiran (Israel) seperti pada 1960 an dan 1970 an.

“Paling kuat boleh dilakukan untuk diri sendiri ialah apa yang lemah tidak boleh lakukan. Kami boleh mengalahkan pihak lain di sebelah sana jika kami mahu.

Mengenai Perjanjian Oslo, persetujui pada pertengahan 1990 an, yang merupakan usaha terakhir rundingan damai, Shavit berkata, puak berhaluan kanan menyifatkan perjanjian itu sebagai satu ‘dosa’ dengan memberi alasan jika ia diteruskan keamanan akan tercapai.

“Ia bukan khayalan kerana mereka yang tidak mahu keamanan dicapai merupakan sebahagian besar di negara ini yang percaya (Perjanjian) Oslo adalah ibu kepada segala dosa dan mereka yang mahukan keamanan juga adalah satu dosa,” kata Shavit. – MalaysiaGazette