Gunung Qomolangma

KATHMANDU – Penerbangan komersial helicopter dilarang di wilayah Gunung Qomolangma di Nepal bermula 1 Januari tahun depan.

Larangan itu dibuat oleh sebuah kerajaan tempatan dan pihak berkepentingan lain atas alasan penerbangan tersebut menjejaskan aktiviti ekonomi tempatan dan mengganggu hidupan liar, kata Sherpa Mingma Chhiri, Pengerusi Perbandaran Luar Bandar Khumbu Pasang Lhamu.

“Kami menghantar surat berhubung keputusan itu kepada pengendali helikopter, agensi pengembaraan dan perusahaan pelancongan,” katanya kepada agensi berita Xinhua.

Beliau menjelaskan, disebabkan peningkatan jumlah penerbangan helikopter, pelancong telah tinggal lebih masa dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Laluan mendaki di sini terkenal di dunia dan beribu-ribu warga asing berkunjung ke sana untuk tujuan tersebut setiap tahun.

“Namun bunyi penerbangan helikopter telah mengganggu hidupan liar di Taman Negara Sagarmatha,” kata Sherpa. Namun helikopter yang digerakkan untuk usaha menyelamat tidak akan terjejas oleh keputusan ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast