Logo Martabat Untuk Semua Petaling Jaya (Martabat PJ).

KUALA LUMPUR – Sebanyak 37 pertubuhan dan 385 individu menandatangani kenyataan bersama yang mendesak Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mendedahkan kepada umum minit mesyuarat yang membuka jalan kepada Datuk Seri Najib Razak mendapat perkenan tahanan rumah.

Kenyataan Persatuan Martabat Untuk Semua Petaling Jaya (Martabat PJ) itu antara lain meminta penjelasan pengampunan tambahan yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri dalam keadaan negara masih menanggung beban akibat penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kenyataan itu mendapat sokongan pelbagai pihak dan ditandatangani antaranya oleh peguam, Datuk S. Ambiga, aktivis Maria Chin, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

“Keputusan yang membolehkan bekas Perdana Menteri menjalani baki hukuman sebagai tahanan rumah, tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Lembaga Pengampunan mesti mendedahkan sepenuhnya minit serta justifikasi yang direkodkan dalam proses membuat keputusan demi akauntibiliti dan ketelusannya,” demikian menurut kenyataan itu yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, tahanan rumah yang diberikan kepada bekas pegawai tertinggi kerajaan dikhuatiri menimbulkan persepsi bahawa beliau mendapat layanan istimewa yang akhirnya menjejaskan kepercayaan rakyat.

Ujarnya, beban akibat rasuah peringkat tinggi akhirnya ditanggung oleh rakyat melalui kehilangan hasil negara, beban pembayaran hutang negara serta pengurangan dana untuk infrastruktur awam dan pembangunan ekonomi yang penting.

Sehubungan itu, ketelusan penuh daripada Lembaga Pengampunan merupakan langkah penting untuk memastikan prinsip layanan sama rata di bawah undang-undang tanpa wujudnya diskriminasi dalam pelaksanaannya ditegakkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here