Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Foto MOHD ADZLAN, 17 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan tular kononnya tanah rizab Melayu di negeri itu semakin berkurang.

Sebaliknya, kata beliau, sejak 2018, keluasan tanah rizab Melayu di negeri itu telah meningkat sebanyak 2,680 ekar, daripada 400,711 ekar kepada 403,391 ekar.

Berhubung pewartaan keluar tanah seluas 55.401 ekar di Tanjong Karang bagi pembangunan Sabak Bernam Development Area (SABDA), jelas beliau, tanah dengan keluasan yang sama di Hulu Selangor sedang melalui proses pewartaan sebagai Tanah Rizab Melayu.

“Pembangunan SABDA bagi meningkatkan keterjaminan makanan, mengembangkan agro-pelancongan dan mewujudkan peluang pekerjaan dilaksanakan tanpa mengabaikan kepentingan Tanah Rizab Melayu,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Amirudin berkata, SABDA merupakan usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam membangunkan anjung utara Selangor bagi meningkatkan keterjaminan makanan serta menggapai potensi agro-pelancongan di Pesisir Pantai Barat, sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan bagi warga tempatan.

Jelas beliau, usaha itu diterajui oleh anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan turut melibatkan komuniti tempatan seperti nelayan dan usahawan serta pihak akademia.

“Bagi mencapai keseimbangan antara pembangunan tempatan serta kepentingan Tanah Rizab Melayu, tanah dengan keluasan yang sama iaitu 55.401 ekar di Hulu Selangor turut melalui proses pewartaan sebagai Tanah Rizab Melayu,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here