KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak Rohingya, Mohamad Yasin Mohammed Rafique yang mengidap penyakit di mana kepalanya semakin membesar memerlukan kos RM11,500 bagi menjalani pembedahan.

Derita adik berusia tiga tahun itu turut dirasai oleh pemain bola sepak Akademi Tunas Bandar Tun Razak Bawah 10 Tahun (ATBTR) yang kemudiannya bertekad membantu kos pembedahan.

WhatsApp Image 2019-06-24 at 3.45.01 PM (2)
Mohamad Yasin

Segalanya bermula daripada idea salah seorang pemain ATBTR 10, Reyess Shaqeel Emir Ghanalingam.

Sumbangan tersebut dikumpulkan melalui inisiatif jaringan bagi perlawanan persahabatan dan wang yang dikumpul bagi setiap gol yang dijaringkan oleh pasukan ATBTR 10 dimasukan ke dalam tabung membantu Mohamad Yasin.

WhatsApp Image 2019-06-24 at 3.45.01 PM

Akhirnya ATBTR 10 berjaya mengumpul sebanyak RM16,820 dan disalurkan kepada tabung pembiayaan pembedahan Mohamad Yasin pada 24 Julai ini.

Mohamad Yasin memerlukan dana sebanyak RM11,500 lagi untuk menampung kos pembedahan keduanya dan orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB Bank Yayasan Chow Kit yang bernombor 8001143136.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast