Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi (tengah) diiringi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Muhamad Said Jonit (tiga kiri) beramah mesra dengan salah seorang pengunjung sewaktu meluangkan masa melawat gerai pameran pada Program Reformasi Peladang Daerah Kluang 2019 di Persiaran Datuk Haji Ismail Hassan, Kluang, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 22 JUN 2019.

KLUANG – Kerajaan Johor merancang untuk memperkenalkan semula tanaman lada hitam sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan kepada para peladang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Tosrin Jarvanthi akan mengadakan satu lawatan kerja ke Lembaga Lada Malaysia, Sarawak dalam masa terdekat untuk melihat teknologi yang digunakan bagi tanaman tersebut.

“Kita sudah ada perancangan untuk mengaktifkan semula tanaman lada hitam ini.

“Ia akan dijadikan sebagai tanaman sampingan di kawasan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Felcra serta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang akan digerakkan melalui Rancangan Revolusi Hijau,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Reformasi Peladang Daerah Kluang 2019 di Persiaran Dato’ Haji Ismail Hassan di sini kelmarin.

MGF22062019_PROGRAM REFORMASI PELADANG08
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi (tengah) diiringi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Muhamad Said Jonit (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada peserta pertandingan bola sepak jalanan pada Program Reformasi Peladang Daerah Kluang 2019 di Persiaran Datuk Haji Ismail Hassan, Kluang, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 22 JUN 2019.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Mazlan Aliman, Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Muhamad Said Jonit dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Datuk Ali Shikh Ahmad.

Tambah Tosrin lagi, tanaman lada hitam tersebut bukan produk utama negeri namun hanya sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan kepada para peladang.

Dalam perkembangan berlainan, Tosrin berkata, bermula pada bulan hadapan, peneroka tanah rancangan Felda tanam semula akan mula diperkenalkan dengan tanaman nenas MD2 sebagai tanaman integrasi.

“Penanaman nenas MD2 itu akan dimulakan di Felda Sungai Sayong, Kota Tinggi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast